Semak Plagiat Bahasa Melayu


Carla Falzoni - CEO

Carla Falzoni – CEO

Terima kasih kerana menggunakan alat teks dalam talian kami. Nama saya Carla dan bersama beberapa rakan sekerja, saya telah mencipta laman web ini. Kami berusaha setiap hari untuk menyediakan alat teks kami secara percuma di lebih daripada 150 negara di seluruh dunia. Bolehkah anda membantu kami dengan memberikan penilaian terhadap pengalaman anda di laman ini? Anda akan membantu kami untuk memperbaiki dan memahami apa yang perlu kami ubah. Bagi anda, ia hanya satu klik, bagi kami ia merupakan bantuan yang besar menuju kecemerlangan:





Tugas untuk memeriksa penulisan anda kadang kala boleh menjadi perkara yang menyukarkan. Namun, ia penting untuk memastikan tiada kesalahan ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Jadi, penyemak plagiarisme online boleh menjadi pilihan ideal untuk membantu anda dan sebagai cara mengelakkan plagiarisme berlaku.

Penggunaan alat ini dapat memastikan hasil kerja anda tidak meniru sumber yang telah pun diterbitkan secara online. Dengan adanya penyemak plagiarisme percuma, anda dapat memastikan hasil kerja anda adalah 100% asli. Dengan penyemak kandungan kami, anda boleh mengenal pasti sekiranya hasil kerja anda menciplak sebarang karya yang ditulis oleh penulis lain. Lebih menarik lagi, penyemak plagiat online ini ditawarkan secara percuma.

Anda perlu memastikan karya anda mengandungi kandungan yang sahih dan unik. Plagiat boleh mengakibatkan kesan yang serius. Melalui artikel ini, anda boleh ketahui tentang alat semak plagiat percumapercuma terbaik, bagaimana ia berfungsi, siapa yang boleh menggunakannya dan banyak lagi.

Senarai Kandungan

Pengenalan Kepada Perisian Kami

Kami mahu anda mengenali alat semak plagiat online percuma kami lebih mendalam. Kerana itulah kami kongsikan segala butiran penting mengenai pengesan plagiarisme ini. Jadi, anda akan mendapat jawapan apa itu pengesan plagiarism, mengapa ia penting dan apa yang anda boleh jangkakan daripada alat semak plagiat percuma.

Maksud Plagiat

Plagiarisme bermaksud perbuatan meniru, mengutip dan ciplak karya, bahasa, pemikiran, idea atau pendapat orang lain namun mengakui karya atau petikan tersebut sebagai hasil kerja asli sendiri. Kamus Cambridge pula menafsirkannya sebagai: “Proses atau amalan menggunakan idea atau karya orang lain tetapi mengakui dimiliki oleh anda sendiri”.

Apa itu Penyemak Plagiarisme Online?

Penyemak plagiarisme online merupakan sebuah perisian yang boleh anda gunakan untuk menyemak karya bertulis anda. Ia akan mengimbas teks untuk mengenal pasti kandungan pendua. Ini termasuk petikan material dan juga teks yang telah diparafrasakan.

Penyemak plagiarisme terbaik akan mengimbas untuk mencari kesamaan dalam susunan kata bagi memastikan anda menerbitkan kandungan yang asli.

Penggunaan penyemak plagiarisme online memberi anda kepastian bahawa penulisan anda adalah unik. Ia juga dapat membantu dalam memastikan penulisan tersebut telah memetik sumber dengan dengan tepat dan sebagai cara mengelakkan plagiarisme.

Mengapa Penyemak Plagiarisme Penting

Menerbitkan penulisan yang mengandungi kandungan yang anda dakwa dihasilkan oleh anda sendiri sepatutnya hanya dilakukan jika anda positif bahawa ia tidak meniru hasil atau ciplak karya orang lain. Penggunaan penyemak plagiarisme secara percuma memberi anda peluang terbaik untuk melakukannya.

Masa yang diambil untuk mengesan plagiarisme dalam sesebuah teks adalah singkat. Sekiranya anda tidak pasti sepenuhnya sama ada anda telah memetik sebuah teks dengan betul, sangat ideal bagi anda untuk semak teks untuk plagiarisme atas talian secara percuma

Menyalin teks seseorang dalam cara yang tidak beretika dianggap sebagai satu pencurian. Jadi, ia tidak boleh dianggap sebagai sebuah karya yang asli, dan kebolehpercayaannya boleh dipersoalkan.

Walaupun punca plagiarisme berlaku boleh difahami, lebih mudah untuk mengelakkannya daripada berlaku. Dan cara terbaik untuk melakukannya dengan menggunakan alat penyemak plagiarisme.

Kesan Plagiarisme

Kesan Plagiarisme

Apabila bercakap tentang plagiarisme, anda perlu elak daripada melakukannya tanpa sebarang soalan. Anda tidak mungkin akan mencuri dari kedai, bank atau ahli keluarga, bukan? Jadi mengapa anda ingin mencuri karya penulisan orang atau bahan ilmiah lain? Mencuri adalah satu kesalahan yang berat dan anda akan menanggung pelbagai akibat sekiranya didapati melakukannya.

Dengan menggunakan penyemak plagiarism yang ditawarkan secara percuma, anda boleh mengelakkan situasi sebegitu. Berikut adalah beberapa kesan yang anda akan tanggung sekiranya anda memplagiat.

Tindakan Undang-undang dan Denda

Tindakan undang-undang dan denda yang dikenakan terhadap plagiarisme berbeza bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan tersebut.

Ramai wartawan, pengkaji mahupun penulis terkenal telah dituduh melakukan plagiarisme. Mungkin keadaan menjadi sebaliknya jika mereka semak plagiat dengan peratusan secara percuma, seperti mana yang kami tawarkan. Dalam kebanyakan keadaan, individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut perlu membayar denda. Bayaran tersebut biasanya dibayar kepada majikan atau, sekiranya seorang pelajar, kepada institusi pengajian mereka.

Terdapat kebarangkalian bahawa individu yang melakukan plagiarisme tersebut akan disaman. Sekiranya pemilik asal karya tersebut mendapati penulisannya telah diplagiat, beliau boleh memfailkan tindakan ke atas individu tersebut di mahkamah.

Namun, keadaan ini biasanya tidak berlaku sekiranya kesalahan itu dilakukan oleh pelajar. Walau bagaimanapun, dalam konteks isu plagiarisme dalam akademik profesional, pelanggaran hak milik dan penipuan bahan ilmiah boleh menjadi satu kesalahan yang lebih serius kepada pesalah tersebut.

Reputasi Terjejas

Reputasi mereka yang tidak menggunakan penyemak plagiarisme dengan peratusan dan kemudiannya menghantar hasil kerja yang meniru penulisan orang lain kemungkinan besar akan terjejas sekiranya didapati melakukan plagiat.

Pelajar yang terlibat dalam plagiarisme berisiko digantung sekolah, kolej atau universiti. Kesalahan tersebut juga mungkin akan direkodkan di dalam rekod pelajar. Ini memberi kesan pada masa akan datang di mana mungkin institusi pengajian tinggi tidak akan menerima permohonan mereka.

Oleh sebab itulah pemeriksa plagiarisme kami, ditawarkan secara percuma kepada pelajar secara online, mampu melenyapkan sebarang kemungkinan terjadinya aktiviti plagiat sebegitu.

Sekiranya anda seorang profesional dalam bidang yang anda ceburi, reputasi yang terjejas merupakan isu yang sangat besar. Ia boleh meninggalkan kesan yang akan menghantui sepanjang perjalanan karier anda. Perbuatan jenayah akan sentiasa diingat oleh orang ramai, terutamanya jika kapasiti anda adalah seorang profesional.

Anda mungkin mengalami kesukaran ketika mencari kerja lain. Nama baik anda mungkin akan tercemar berikutan daripada aktiviti plagiat ersebut.

Isu plagiarisme dalam akademik juga bukan sesuatu yang baru. Mana-mana ahli akademik yang memiliki karier yang cenderung dalam aspek kajian dan sebagainya akan terjejas teruk dengan perkara ini. Penggunaan sendiri penyemak plagiarisme mungkin menjadi alat penting untuk situasi ini. 

Disingkirkan Dari Institusi Pengajian

Penyemak plagiarisme untuk pelajar kami boleh mengelakkan anda daripada dikenakan tindakan kerana meniru hasil kerja orang lain. Di kebanyakan institusi pengajian, kesalahan pertama akan dikenakan tindakan penggantungan namun kesalahan seterusnya berkemungkinan besar akan mengakibatkan pelajar disingkirkan. Segala usaha, wang ringgit dan masa yang dicurahkan untuk pengajian anda akan hilang sekelip mata. Jelas sekali, sememangnya tidak berbaloi untuk merisikokan masa depan anda. 

Penyemak plagiarisme atas talian percuma kami menyediakan segala bantuan yang diperlukan. Satu imbasan pantas dapat memberitahu anda sekiranya terdapat plagiat dan laporan semakan plagiarisme sebelum anda menghantar penulisan anda. 

Bagaimana Penyemak Plagiarisme Berfungsi

Bagaimana Penyemak Plagiarisme Berfungsi

Ketika anda menggunakan sesebuah perisian pemeriksa atau penyemak plagiarisme, anda tidak dapat melihat apa yang telah “berlaku disebalik tabir”. Apa yang anda perlu lakukan adalah salin dan tampal teks anda ke dalam kotak yang disediakan, di mana penyemak plagiarisme ditawarkan secara percuma untuk keseluruhan dokumen.

Proses semakan ini menggunakan perisian pangkalan data canggih. Penyemak akan mengimbas sekiranya terdapat padanan teks anda dengan teks sedia ada yang lain. Terdapat banyak universiti yang telah pun mempunyai penyemak plagiarisme percuma kepada tenaga pengajar. Mereka akan menyemak atau mengimbas tugasan pelajar untuk memastikan pelajar tidak hanya menyalin dan menampal teks seolah-olah dihasilkan oleh pelajar sendiri.

Dari segi cara penyemak berfungsi, penyemak plagiarisme akan membuat semakan, melalui imbasan kandungan daripada laman web. Kemudian, ia akan melakukan indeks dan teks anda akan disemak dengan pangkalan data kandungan sedia ada. Selepas itu, perisian penyemak plagiarisme akan memberitahu teks yang didapati dipadan dengan tepat.

Padanan ini diperolehi melalui analisis kata kunci. Selain itu, padanan yang tidak begitu tepat juga akan dimaklumkan kepada anda. 

Anda, sebagai pengguna, kebiasaannya mendapat satu peratusan bacaan plagiarisme pada skrin. Teks yang dipercayai mempunyai isu plagiat akan dimaklumkan, begitu juga dengan sumbernya. Secara umumnya, inilah bagaimana semua laman penyemak plagiarisme, termasuk kami berfungsi. 

Algoritma Di Sebalik Perisian Kami

Satu perkara yang perlu diberi perhatian berkenaan sesebuah alat penyemak plagiarisme adalah ia tidak berupaya untuk mengenal pasti plagiarisme secara spesifik. Mana-mana perisian tidak mampu menentukannya. Perisian kami juga menghadapi keadaan yang sama. Sebaliknya, ia akan mengenal pasti kesamaan di antara kandungan bertulis. Melalui kesamaan ini, ia akan menyemak kandungan tersebut bersama pangkalan data yang telah diindekskan.

Jadi, anda boleh menganggap peratusan plagiat diperolehi oleh penyemak plagiarism sebagai padanan kandungan yang sepadan. Algoritma perbandingan kandungan inilah yang membolehkan pengajar membantu pelajar berkenaan sumber dan penggunaan maklumat dengan betul.

Had Alatan Kami

Menjadi satu kelaziman untuk pertimbangkan apakah batas keupayaan alat sebegini. Jika alat ini tidak mengesan plagiarisme, bukankah itu juga satu kelemahan? Walaupun ia berlaku, namun jawapannya tidak. Alat penyemak plagiarisme online percuma kami menyasarkan untuk mengesan kandungan yang sepadan. Perkara ini akan membolehkan anda melihat kepada kesamaan dan mampu melihat sendiri potensi plagiarisme.

Jadi, secara umumnya dapat dikatakan bahawa perisian kami tidak mempunyai batasan. Ia ditawarkan secara percuma dan sebagai pilihan ideal untuk penyemak plagiarisme SEO, penyemak plagiarisme Google dan banyak lagi.

Satu perkara lain yang perlu diberi perhatian berkenaan had adalah kewujudan CAPTCHA. Jika anda semak teks untuk plagiarisme terlalu banyak dengan cepat, anda mungkin perlu melengkapkan satu atau lebih CAPTCHA. Ini dapat menghentikan gangguan bots di dalam dalam kod penyemak plagiarisme kami.

Ciri-Ciri Penting

Ciri-Ciri Penting

Terdapat pelbagai ciri-ciri penting yang perlu diberi perhatian pada penyemak plagiarisme percuma dengan peratus keputusan kami. Anda boleh mengetahui lebih lanjut ciri-ciri tersebut di bawah, yang mungkin mengukuhkan lagi mengapa perlu menggunakan alat ini. Ini termasuk pelbagai manfaat yang membolehkan anda memeriksa tahap plagiarisme dan menggunakannya sebagai satu kelebihan.

Ketepatan Hasil Semakan

Anda akan mendapat keputusan yang berketepatan tinggi apabila menggunakan alat pengesan plagiarisme kami. Teks akan dinilai melalui perbandingan bersama teks yang sedia ada wujud di online. Kemudian, anda akan mendapat skor plagiat dalam bentuk peratusan. Semakin tinggi nilai peratusan, semakin hampir anda melakukan plagiat pada teks anda.

Hasil keputusan akan memaparkan seksyen untuk kandungan dengan padanan yang tepat dan juga hampir sepadan. Melalui keputusan yang diperolehi daripada pengesan plagiarisme tersebut anda boleh mengubah teks atau tukar ayat untuk elak plagiat. Semua potensi plagiarisme yang wujud akan diberitahu, bagi memastikan anda mendapat keputusan yang tepat.

Kepantasan Pengesahan

Anda mungkin akan mempersoalkan berapa lama masa yang diambil untuk membuat semakan plagiarisme menggunakan alat kami. Jawapan kami adalah ia dilakukan hampir serta-merta. Perisian tersebut berfungsi dengan pantas, menyemak teks anda secara menyeluruh melalui perbandingan teks pada pengkalan data yang telah diindeks. Jadi, anda tidak perlu menunggu dan melakukan perkara lain. Sebaliknya, hasil peratusan plagiat akan dipaparkan dengan pantas.

Ini bermakna anda boleh membuat pembetulan yang diperlukan pada teks anda secepat mungkin dan juga tukar ayat untuk elak plagiat. Penyemak plagiarisme yang mudah, pantas dan percuma adalah pilihan ideal untuk perkara sebegitu. Itulah apa yang anda akan dapat dengan pengimbas plagiarisme kami.

Akses yang Hebat

Alat penyemak plagiarisme yang paling tepat seharusnya dapat diakses melalui pelbagai cara. Anda tidak perlu menggunakan komputer semata-mata untuk menggunakannya. Anda boleh menggunakan penyemak plagiarisme kami melalui komputer dekstop, laptop, telefon pintar, tablet dan sebagainya. Ia direka untuk mudah alih, membolehkan anda memeriksa plagiarisme yang anda temui di mana sahaja anda berada.

Semua kaedah yang disebutkan boleh digunakan secara percuma. Untuk menggunakan penyemak peratus plagiarisme, anda perlu melayari laman web, kemudian salin dan tampal teks yang berkenaan ke dalam kotak. Sungguh mudah. Sesiapa sahaja boleh melakukan pengesanan plagiat secara online.

Bidang yang Sesuai untuk Semakan Plagiarisme

Bidang yang Sesuai untuk Semakan Plagiarisme

Siapakah yang akan mendapat manfaat terbesar daripada penyemak plagiarisme percuma online terbaik? Terdapat beberapa bidang yang memerlukan semakan plagiat terhadap teks. Di bawah ini kami nyatakan beberapa bidang tersebut dan berkongsi pandangan kami mengapa alat kami ideal untuk mereka.

Penyemak Plagiarisme untuk Pelajar

Penyemak plagiarism kami percuma untuk pelajar menggunakannya ketika membina teks. Ia sangat ideal digunakan ketika menulis esei dan juga penulisan kreatif. Kelompokisi kandungan bertulis yang panjang boleh disalin, ditampal dan disemak untuk memastikan ia bebas dari plagiat.

Penyemak esei yang ditawarkan secara percuma ini benar-benar membuatkan ia pilihan terbaik untuk pelajar mendapatkan hasil kerja asli serta mengelakkan plagiat tugasan. Lagipun, kekangan kewangan menjadi isu penting kepada pelajar. 

Kita semua tahu bahawa penulisan esei selalunya agak panjang. Keadaan ini mungkin menyebabkan plagiat pada tugasan yang tidak disengajakan. Jadi, penggunaan penyemak plagiarism percuma untuk esei sangat membantu.

Para pelajar boleh memastikan tugasan yang dihantar kepada tutor tidak sepadan dengan teks yang terdapat di online. Jadi, secara umumnya ia membantu dalam proses penulisan dan menghasilkan tugasan dengan peratus plagiat yang dibenarkan..

Penyemak Plagiarisme untuk Wartawan

Wartawan memperuntukkan sebahagian besar masa mereka menghasilkan kandungan online. Terdapat banyak laman web online sedia ada yang memaparkan rencana dan penulisan kreatif wartawan. Seseorang wartawan yang menerbitkan kandungan yang diplagiat semestinya akan merosakkan reputasi mereka. Setiap penulisan mereka hasilkan mestilah asli. Penggunaan penyemak plagiarisme percuma terbaik merupakan cara terbaik untuk mendapat karya sebegitu.

Wartawan merupakan seseorang yang profesional dalam bidang mereka. Jadi, sekiranya mereka menggunakan kandungan yang telah diplagiat, mereka boleh dikenakan tindakan berat. Kebanyakan negara menguatkuasakan undang-undang hak cipta yang ketat. Oleh itu, penggunaan alat plagiarisme merupakan satu cara pilihan terbaik sebelum menerbitkan apa-apa rencana.

Penyemak Plagiarisme untuk Copywriter

Sesiapa yang beranggapan mereka seorang penulis profesional perlu menggunakan alat pengesan plagiarisme. Kemungkinan besar juga mereka menggunakan penyemak plagiarisme untuk menyemak aspek tatabahasa. Seorang copywriter atau penulis iklan memerlukan naskah yang menarik, disemak dengan betul dan tidak sama dengan sebarang penulisan online yang lain.

Kesemua aspek ini perlu dipastikan sebelum mereka menghantar karya kepada editor atau terus kepada pelanggan. Hasil kerja yang dimiliki oleh orang lain tidak sepatutnya digunakan dalam teks profesional.

Sama seperti pelajar yang menggunakan penyemak plagiarisme secara percuma pada esei, wartawan hanya perlu salin dan tampal penulisan mereka. Penyemak hak cipta sebegitu merupakan alat yang sangat berguna kepada wartawan dan copywriter. Tiada siapa yang akan menghargai karya yang dihasilkan secara plagiat, lebih-lebih lagi daripada seorang penulis profesional.

Penyemak Plagiarisme untuk SEO

Tidak semua semakan adalah berkenaan kerangka utama teks anda. Enjin carian seperti Google atau Yahoo juga akan membuat semakan plagiarisme pada teks. Kedua-dua enjin carian tersebut tidak akan menerima sesuatu yang sama dengan penulisan atau karya orang lain. Oleh sebab itulah anda sendiri perlu menyemak dahulu. Ini termasuk penyemak plagiarisme untuk SEO.

Semakan ini sesuai untuk mengoptimumkan enjin carian, membantu teks anda menjadi hasil carian yang disediakan oleh enjin carian tersebut. Alat kami akan memberitahu anda tentang perkara tersebut sekiranya berlakunya plagiarisme yang tidak disengajakan – malah termasuk juga isi kandungan SEO.

Anda hanya perlu perbetulkan teks SEO tersebut daripada laporan plagiarisme yang disediakan untuk menghasilkan karya yang lebih asli. Dan semestinya ia ditawarkan secara percuma.

Penggunaan Kandungan Milik Pengguna

Penggunaan Kandungan Milik Pengguna

Sudah menjadi kelaziman untuk pengguna yang menggunakan laman web online untuk membuat semakan, mempersoalkan bagaimana teks yang telah dihantar untuk semakan disimpan.

Tambahan pula, pengguna pasti melindungi diri mereka daripada pihak ketiga apabila memuat naik sesebuah fail untuk disemak atau disalin dan ditampal. Kami akan kongsikan beberapa maklumat lanjut tentang penggunaan kandungan pengguna melalui mesin penyemak pemetikan plagiarisme kami. 

Penyimpanan Kandungan yang Dihantar

Apabila anda semak teks untuk plagiarisme, perisian anti plagiat tidak akan menyimpan kandungan yang dihantar. Perisian tersebut akan mengimbas teks untuk mendapatkan skor plagiarisme yang lebih komprehensif, memaklumkan seksyen yang sepadan atau hampir sepadan, dan tindakan susulan bergantung kepada anda.

Selepas anda melengkapkan ujian plagiarisme, anda melakukan pembetulan dan penemak tersebut akan membuang teks yang dihantar. Ini juga sama sekiranya anda menyalin dan menampal atau memuat naik teks.

Selepas anda meninggalkan laman web, segala isi kandungan juga akan dihapuskan. Kami tidak menyimpan apa sahaja yang anda hantar untuk semakan plagiarisme.

Ketanpanamaan Pengguna

Tidak kira sama ada anda menggunakan perisian kami sebagai penyemak plagiarisme untuk esei sebagai seroang pelajar atau anda menggunakanya atas kapasiti seorang wartawan/copywriter, identiti anda kekal tidak diketahui. Kami tidak meminta sebarang butiran peribadi anda, malah ia juga tidak diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan pengesan plagiarisme.

Salin dan tampal teks ke dalam kotak atau muat naik fail tertentu yang mengandungi teks. Kemudian pengesan plagiarisme akan mengimbas dan tiada siapa akan tahu anda yang melakukannya.

Ketersediaan Perisian Kami

Tidak semua orang ingin menggunakan pengimbas plagiarisme melalui komputer. Mungkin ada yang mahu membuat semakan ketika sedang dalam perjalanan. Untuk situasi ini, anda masih boleh menggunakan penyemak plagiarisme dan penyalin ulang (rewriter) kami. Kedua-dua pilihan tersedia dalam versi percuma.

Penyemak Plagiarism untuk Komputer

Tidak kira sama ada anda menggunakan komputer di rumah atau di tempat kerja, anda boleh melayari laman web kami dengan mudah untuk menggunakan penyemak plagiarisme. Ia mengesan plagiarism untuk anda melalui komputer dengan pantas dan efektif. Tampal teks anda ke dalam kotak yang telah disediakan, dan ia akan menyemak plagiarisme secara automatik selepas anda menekan butang “Semak”.

Satu perkara lagi yang ingin kami kongsikan adalah terdapat plugin WordPress yang anda boleh gunakan, yang disediakan oleh syarikat lain. Perkara ini membuatkan ia berfungsi penyemak pendua untuk WordPress, seterusnya memastikan penyemak ini dapat menyemak teks semasa anda sedang menulis pada program tersebut. 

Penyemak Plagiarisme untuk Mudah Alih

Telefon pintar dan tablet pada hari ini kebanyakannya dilengkapi dengan akses internet. Alat kami mampu mengadaptasi secara automatik dengan dimensi skrin mudah alih anda, dengan tersedia dalam antara muka (interface) yang mesra pengguna. Anda boleh menggunakan penyemak plagiat seperti biasa. Kandungan plagiat akan dipaparkan dengan mudah.

Cara ini kekal menjadi sebuah cara yang mudah dan berkesan untuk menyemak kandungan plagiat, mengekalkan integriti akademik, atau tidak membelakangkan etika kewartawanan anda.

Penyemak Plagiarisme Lain yang Kami Cadangkan

Penyemak Plagiarisme Lain yang Kami Cadangkan

Alat kami bukanlah satu-satunya alat yang tersedia digunakan secara online untuk keputusan yang tepat. Anda boleh juga menyemak kertas kajian, penulisan akademik dan alat kesan plagiat yang lain. Antara alat plagiarisme yang bagus untuk pelajar ialah Gammarly, yang juga menawarkan fungsi kesan plagiat secara percuma.

Selain itu, penyemak plagiarisme contoh yang boleh dipertimbangkan disebabkan ia juga diintegrasi dengan penyemak tatabahasa. Anda juga boleh mendapat manfaat daripada penyemak plagiarisme Google Docs jika menggunakannya.

Kami juga menyarankan anda menggunakan pilihan-pilihan berikut untuk pengesanan plagiat:

SmallSEOATools, DupliChecker, Quetext, Scribbr, Turnitin, atau Unicheck. Bagi mereka yang sedang menulis penulisan akademik pasti mendapati pilihan yang disebutkan merupakan pilihan yang bagus. Beberapa alat tersebut juga boleh menjana teks yang ditulis oleh mesin, dimana anda boleh mengenalpasti teks sebegitu menggunakan Pengesan AI.

Antara pilihan lain untuk semakan plagiarism termasuk ProWritingAid, Viper, Compilatio, PlagScan, and Pre-Post SEO. 

Laporkan Masalah Berkenaan Alat Kami

Anda boleh hubungi kami dengan mudah sekiranya anda mengalami masalah berkenaan penyemak plagiarisme dan hak cipta kami. Selain itu anda juga boleh maklumkan kepada kami jika anda dapati penyemak kami telah menandakan plagiarism telah dikesan tetapik anda tidak bersetuju dengannya. Selepas anda membuat semakan berkenaan plagiarisme, kami akan memeriksa jika terdapat sebarang kesalahan pada perisian, kesilapan yang berlaku dan sebagainya.

Grammar Buddies - Owner of Corrector.app

Grammar Buddies

Kami adalah pasukan yang berdedikasi yang membantu Corrector App dan semua alat percuma yang anda temui di laman ini. Kebolehan kami merangkumi penulisan, pembangunan web, SEO, dan pemasaran – semuanya untuk kegunaan anda. Kami sangat gembira anda telah memilih platform kami daripada banyak pilihan yang ada di web. Sokongan anda membolehkan kami untuk berkembang, dan sebagai balasannya, kami berusaha untuk menyediakan anda dengan alat yang terbaik dan paling efisien. Sebelum beredar, ingatlah: maklum balas anda adalah bintang panduan kami.

Pasukan Grammar Buddies