Alat Penghitung Kata Dalam Talian, Tepat dan Pantas

Watak: 0

Perkataan: 0

Ruang: 0

Huruf: 0

Aksara (tiada ruang): 0

Ayat: 0

Perenggan: 0

Masa Membaca: 0 min 0 saat





Carla Falzoni - CEO

Nota memberikan Carla Falzoni – CEO

Terima kasih kerana menggunakan alat teks dalam talian kami. Nama saya Carla dan bersama beberapa rakan sekerja, saya telah mencipta laman web ini. Kami berusaha setiap hari untuk menyediakan alat teks kami secara percuma di lebih daripada 150 negara di seluruh dunia. Bolehkah anda membantu kami dengan memberikan penilaian terhadap pengalaman anda di laman ini? Anda akan membantu kami untuk memperbaiki dan memahami apa yang perlu kami ubah. Bagi anda, ia hanya satu klik, bagi kami ia merupakan bantuan yang besar menuju kecemerlangan. Untuk sebarang pertanyaan peribadi, tulis ke carla@corrector.app atau lawati laman yang dikhususkan untuk pasukan kami.





Penggunaan pengira patah perkataan dan aksara dapat berfungsi sebagai alat atau tool yang mampu membantu anda sebagai seorang penulis. Anda boleh melihat bilangan patah perkataan pada karangan atau teks. Selain itu, alat ini juga dapat menunjukkan bilangan aksara yang mengandungi space (ruang) dan juga sebaliknya. Malah, ia juga mampu kira bilangan tanda koma dan titik yang anda telah gunakan di dalam teks. 

Lebih menarik lagi, alat ini berupaya menunjukkan maklumat bilangan perenggan. Melalui alat kira patah perkataan online ini, anda boleh mengetahui dengan tepat berapa banyak atau panjang teks yang telah ditulis. Kemudian, sekiranya perlu anda boleh edit atau tambah isi kandungan mengikut bilangan perkataan yang anda inginkan. 

Isi Kandungan

Kepentingan Alat Kira Patah Perkataan dan Aksara

Terdapat beberapa sebab mengapa penggunaan pengira aksara di dalam teks merupakan idea yang bagus. Anda perlu tahu apakah perkataan yang anda telah gunakan dan bagaimana struktur ayat/perenggan dalam teks anda. Kami kongsikan beberapa kepentingan pengira kekerapan perkataan yang anda perlu tahu. 

Tingkatkan Produktiviti di Tempat Kerja

Penggunaan alat kira jumlah perkataan dapat mengelakkan hasil kerja anda menjadi terlalu panjang atau tidak menarik untuk dibaca. Bagi seorang pembaca, tiada yang lebih mengecewakan jika terpaksa membaca teks panjang berjela tanpa dapat memahami apa-apa. Kunci kejayaan bagi sesebuah penulisan adalah dengan menghasilkan penulisan yang padat dan dapat menarik pembaca. Pengira patah perkataan yang ditawarkan secara percuma membantu anda menghasilkan penulisan berkualiti. Produktiviti anda semestinya akan meningkat memandangkan anda boleh mengetahui purata panjang ayat, kiraan jumlah huruf dan sebagainya. 

Kira Kata-kata Anda dengan Cepat

Penulis yang bagus perlu memahami penulisan mereka sebelum diterbitkan di online. Anda boleh menyemak dengan teliti dengan menggunakan alat kira patah perkataan ini. Pengira jumlah aksara membolehkan anda tahu berapa patah perkataan yang terdapat dalam setiap ayat.

Anda juga boleh mengetahui panjang setiap perenggan, jumlah tanda baca yang digunakan dan banyak lagi. Maklumat penting sebegitu memudahkan anda mulakan proses suntingan teks dan semestinya membuatkan penulisan lebih tersusun. Dengan memahami hasil kerja anda lebih mendalam, anda berupaya menambah baik dan menghasilkan penulisan yang mampu menarik minat pembaca.

Katakana Selamat Tinggal kepada Pengiraan Kata secara Manual

Masa yang diperuntukkan untuk mengira sendiri perkataan atau aksara, boleh dielakkan dengan menggunakan pengira patah perkataan. Lebih banyak masa dapat dijimatkan dan kerja-kerja manual seperti kira jumlah perkataan, huruf dan tanda baca dapat dilakukan secara automatik. Sebagai seorang penulis, lebih mudah proses menulis dan suntingan, sudah pasti lebih bagus untuk anda. Masa yang diperuntukkan untuk membaca lebih penting berbanding perkara-perkara manual sebegitu dan alat kira patah perkataan yang mudah digunakan ini sangat membantu.

Applications of our Characters & Word Counter Tool

Aplikasi Mengira Bilangan Patah Perkataan dan Aksara Melalui Alat Online Kami

Bila masanya anda perlu gunakan alat pengira patah perkataan dan aksara? Alat ini sebenarnya sangat ideal untuk pelbagai situasi. Daripada penulisan akademik sehinggalah kepada media sosial dan sebagai cara mengoptimumkan hasil carian SEO, anda sememangnya memerlukan pengiraan untuk patah perkataan. Namun, mari kita lihat lebih lanjut beberapa contoh untuk dapatkan perspektif yang lebih mendalam tentang aplikasi penggunaan kira jumlah perkataan online kami.

Kira Kata-kata dalam Posting Media Sosial Anda

Media sosial boleh diibaratkan seperti makanan segera dalam dunia online. Kini, lebih ramai yang gemar mengakses media sosial melalui telefon pintar serta meluangkan masa ‘scrolling’ untuk mendapatkan informasi atau ‘news feed’ dari pelbagai platform. Realitinya, tidak ramai yang berminat membaca hantaran dengan bilangan patah perkataan karangan panjang di media sosial. Jadi, penting untuk anda hasilkan penulisan yang pendek serta menarik.

Penggunaan alat kami sebagai pengira huruf di Instagram, sebagai contoh, dapat memastikan orang ramai bukan hanya setakat menekan butang like pada gambar anda, malah kemungkinan besar mereka akan membaca komen yang dihantar pada gambar tersebut. Mereka lebih cenderung untuk turut menghantar komen pada hantaran anda dan seterusnya menguatkan lagi status gambar tersebut di online. 

Terdapat platform media sosial yang mengenakan had pengiraan patah perkataan yang boleh digunakan ketika membuat hantaran. Contoh paling ketara adalah Twitter. Bilangan aksara yang dibenarkan untuk menghantar Tweets adalah sebanyak 280 atau kurang. Di sinilah penggunaan alat kami benar-benar membantu anda. Pengira aksara Tweet menjamin  hantaran anda tidak akan melebihi had kiraan jumlah huruf yang ditetapkan, dan mesej anda masih tetap disampaikan. 

Dalam pemasaran digital, penting untuk mesej disampaikan melalui teks yang tidak terlalu panjang. Pembaca perlu tahu secepat mungkin apa yang sedang diiklankan, produk apakah yang sedang dicadangkan dan sebagainya.

Pengira patah perkataan kami sangat membantu untuk mencapai objektif tersebut dengan berfungsi sebagai pengira aksara untuk Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter. Jadi, anda boleh melakukan pemasaran digital secara berkesan dengan mengoptimumkan perkataan dan aksara yang terkandung dalam teks. 

Gunakan Pengira Kata dan Tanda untuk Tujuan Pembelajaran

Para pelajar sememangnya tahu betapa peritnya untuk menulis esei akademik. Penulisan sebegini biasanya perlu ditulis dalam lingkungan had perkataan yang ditetapkan dan dalam masa yang sama dapat menarik perhatian pembaca serta mengandungi semua maklumat yang relevan. Penggunaan pengira perkataan esei memudahkan penulis memenuhi syarat bilangan patah perkataan atau aksara. 

Melalui alat kira patah perkataan ini, anda dapat mengetahui dengan tepat bilangan patah perkataan dalam karangan yang telah digunakan, dan masih terdapat berapa lagi yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan. Namun, semuanya bukan sekadar memenuhi syarat dan sebagai cara mengira berapa patah perkataan semata-mata.

Ia juga termasuk mengekalkan kualiti dalam penulisan akademik. Penggunaan alat kira jumlah perkataan kami ini sama sekali tidak akan menjejaskan kualiti penulisan. Anda boleh gunakan beberapa tips yang dikongsikan untuk mematuhi had perkataan/aksara serta menghasilkan karya penulisan yang ideal. 

Tidak kira sama ada anda peringkat sekolah, kolej atau universiti, anda semestinya ingin menghasilkan penulisan yang terbaik,  Alat kira bilangan perkataan dan aksara mampu membantu anda mencapai sasaran tersebut. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh menggunakan pemeriksa tatabahasa percuma kami.

Manfaatkan Alat Ini untuk Mengoptimumkan SEO

Setiap hari, enjin carian digunakan oleh berjuta-juta pengguna di serata dunia. Ia membantu kita mencari maklumat dan mengakses laman web yang mengandungi produk dan informasi bertulis yang mungkin diperlukan. Dengan begitu banyak laman web yang memfokuskan pada sesuatu topik atau perkara tertentu, sudah pasti banyak laman web yang tercicir atau tidak tersenarai dalam hasil carian. 

Untuk hasil carian SEO, mendapatkan panjang yang optimum untuk teks anda sama penting dengan membuat semakan plagiarisma atau menentukan bilangan ayat bagi memudahkan pembacaan. Kedua-dua title (tajuk) atau ‘meta description’ bagi  isi kandungan anda perlu ditulis dalam had yang dibenarkan. Jadi, penggunaan pengira patah perkataan laman web sememangnya dapat membantu anda. 

Perkataan dan aksara memainkan peranan penting dalam mengoptimumkan hasil carian melalui enjin carian. Laman web yang mengandungi penerangan (description) yang lengkap, dapat memberitahu apa yang ditawarkan kepada anda, lebih berpotensi untuk menarik perhatian dan membuatkan anda klik pada laman web tersebut. Oleh sebab itu, penting untuk anda pastikan laman web anda disenaraikan dalam muka surat pertama hasil carian. 

Dengan menggunakan alat kira patah perkataan dan aksara yang kami sediakan, anda mengorak langkah yang tepat untuk mencapai tujuan tersebut. Anda dapat memastikan struktur ayat yang digunakan untuk SEO, ideal untuk berada pada senarai teratas carian SEO.  

Terjemahkan atau Lokalisasikan Teks dengan Betul

Kadang-kala teks yang telah ditulis perlu diterjemah ke dalam bahasa lain. Benar, bahasa yang berbeza menggunakan perkataan dan struktur ayat yang berbeza, contohnya perkataan dalam Bahasa Arab. Bilangan perkataan dan aksara boleh menjadi bertambah atau berkurang, bergantung kepada bahasa yang digunakan. Pengira aksara online kami dapat memastikan isi kandungan teks anda tetap bersifat informatif dan ditulis dalam lingkungan had perkataan yang dibenarkan, tidak kira apa jua bahasa yang digunakan.

Melalui alat tersebut juga, panjang kandungan teks anda boleh diadaptasi untuk bahasa atau budaya berbeza. Kami menawarkan alat kira patah perkataan yang tepat untuk membuatkan karya penulisan diadaptasi dengan baik dalam bahasa lain (localised), seterusnya lebih berpotensi untuk menarik minat pembaca. Alat ini boleh menjadi alternatif yang bagus untuk pengira perkataan yang disediakan oleh Google Docs. 

Pantau Panjang dan Had Teks Anda

Penulisan kreatif merupakan satu cabang penulisan yang unik, memandangkan hanya sebilangan kecil yang mahir dalam penulisan ini. Penulisan kreatif juga tidak begitu terikat dengan had bilangan perkataan. Tidak salah menjadi kreatif dalam penulisan anda, cuma karya yang dihasilkan semata-mata hanya kerana anda ‘boleh menulis’, mungkin tidak begitu bermakna.

Sebagai seorang penulis, anda perlu cari keseimbangan antara kreativiti dengan had bilangan perkataan dan suku kata. Sekiranya anda bercadang untuk menulis buku, alat pengira patah perkataan online percuma kami dapat membantu anda menulis dalam lingkungan had yang dibenarkan.

Pada masa yang sama juga, jika anda berminat untuk menulis cerpen atau puisi, anda boleh menggunakan alat tersebut sebagai bantuan. Jadi, sudah pasti anda boleh tahu cara kira jumlah perkataan atau aksara yang terkandung dalam hasil karya anda.

Sama seperti istilahnya, cerpen atau cerita pendek seharusnya tidak berjela-jela. Walaupun pendek, ia perlu efektif dan menarik kepada pembaca. Penulis dan penerbit boleh mendapat manfaat daripada penggunaan alat pengiraan patah perkataan ini kerana boleh membuat semakan penulisan sebelum diterbitkan. Pengira had aksara mampu memberi semua maklumat yang diperlukan untuk memastikan karya penulisan tersebut berkualiti tinggi.

Use the Word Counter Online & Character Counter Online

Bagaimana Menggunakan Pengira Kata dan Tanda?

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan alat kira patah perkataan online yang kami sediakan, ia hanya melibatkan proses yang sungguh mudah. Selain itu, pengira patah perkataan tersebut juga dapat berfungsi dengan pantas. Anda boleh terus membuat pembetulan pada teks sekiranya diperlukan. Mari kita lihat beberapa langkah mudah untuk menggunakan alat kira jumlah perkataan di laman web.

  1. Salin teks yang anda ingin analisis menggunakan alat ini.
  2. Tampalkan teks tersebut ke dalam kotak yang relevan.
  3. Tunggu sekitar 0.20 saat untuk keputusan analisis. 
  4. Semak maklumat bilangan patah perkataan dan aksara. 

Perbezaan Antara Pengira Perkataan dan Pengira Aksara

Anda mungkln terfikir apa perbezaan antara pengiraan patah perkataan dan bilangan aksara. Jawapannya, sungguh mudah! Cara kira jumlah perkataan bermaksud setiap patah perkataan dikira secara individu dan dijumlahkan. Sementara itu, kiraan aksara pula membuat kiraan jumlah huruf dan akan ditunjukkan kepada anda. Alat yang kami tawarkan mempunyai fungsi untuk kedua-dua pengiraan tersebut dan kerana itulah ia menjadi pilihan ideal sebagai pengira perkataan untuk esei dan kerja bertulis yang lain. 

Alat kira aksara ideal digunakan jika anda ingin tahu berapa banyak isi kandungan teks pada sesebuah muka surat. Selain daripada membuatkan teks anda lebih mudah dibaca, alat ini juga dapat menunjukkan kiraan aksara yang mengandungi ‘space’ atau sebaliknya. Aksara mengandungi space bermaksud setiap space dalam ayat akan dikira. Sementara itu, jika tidak mengandungi space, jumlah akhir tidak akan mengira space.

Alat ini juga begitu ideal digunakan untuk penulisan bukan dalam bahasa Inggeris serta terjemahan ke dalam bahasa selain Inggeris. Bahasa seperti Korea, Jepun, Mandarin menggunakan aksara berbanding perkataan, sama seperti perkataan Bahasa Arab dalam isi kandungan bertulis. 

Anda boleh menggunakan pengira perkataan untuk memastikan penulisan anda mencapai bilangan patah perkataan tertentu atau tidak melebihi had ditetapkan. Selain itu, ia juga berupaya menunjukkan 10 kata kunci terbanyak dan kekerapan (density) kata kunci tersebut digunakan. Melalui cara ini, anda boleh cuba masukkan lebih banyak perkataan unik dalam teks dan semestinya dapat membantu penulisan yang lebih tersusun. 

Bagaimana Anda Akan Menggunakan Alat Ini di Masa Depan?

Alat kira perkataan dan aksara yang digunakan pada masa kini – telah menjadi sebahagian daripada aplikasi seperti Microsoft Word yang mempunyai cara kira perkataan perkataan di Microsoft Word, dan banyak lagi. Namun, bagaimana pula pada masa akan datang? Bagaimana alat tersebut dapat membantu dalam penulisan atau aspek lain seiring dengan peredaran masa? Mari kita lihat beberapa trend yang mungkin berlaku pada masa akan datang untuk alat pengira patah perkataan ini.

Pantau Kandungan yang Dibangkitkan oleh AI

Perkembangan kandungan online yang dijana secara AI (AI-generated) dilihat semakin maju dan ketara. Walaupun janaan secara AI ini boleh dianggap positif untuk beberapa aspek tertentu, masih terdapat kekurangan yang boleh dilihat. Penulisan yang dijana AI tidak begitu tepat seperti hasil kerja yang ditulis oleh manusia. Anda tidak akan tahu isi kandungan yang dijana selepas anda masukkan prom. Terdapat kemungkinan penulisan yang dijana  secara AI mengandungi perkataan, struktur ayat yang tidak tepat dan pelbagai isu lain.

Jadi, penting untuk anda memahami lebih mendalam isi kandungan yang dihasilkan secara AIi. Pada masa hadapan, kemungkinan besar pengguna akan menggunakan pengira perkataan yang kami tawarkan untuk menyemak dengan menampal (paste) kandungan yang dijana secara AI.

Pendekatan Angka dan Analitik kepada Kandungan

Untuk isi kandungan online, alat kira patah perkataan mengambil pendekatan yang lebih analitik. Kesan teknologi sememangnya sentiasa menambah baik pelbagai jenis alat, termasuk untuk pengiraan patah perkataan dan aksara.

Kemungkinan besar, trend akan terus berkembang di mana proses mengedit isi kandungan menjadi lebih analitikal. Lebih ramai yang ingin menghasilkan material bertulis berkualiti tinggi, tidak kira untuk karangan peringkat sekolah atau laman web dalam talian. Malah, pada ketika ini fungsi alat pengira telah menjadi lebih analitik. Jadi bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika pendekatan analitik ini akan terus digunapakai pada masa akan datang.

Had Tanda Akan Menjadi Semakin Biasa

Pada ketika ini, anda mungkin mendapati bilangan perkataan dan nombor sedia ada sudah begitu banyak digunakan dalam bahasa. Namun, percayalah pada masa hadapan bilangan tersebut akan bertambah. Terdapat pertambahan yang konsisten pada kosa kata untuk Bahasa Inggeris (dan juga bahasa lain di serata dunia).

Jadi, penting untuk pengira patah perkataan dan aksara terus dikemaskini seiring dengan perkembangan atau pertambahan tersebut. Seiring dengan peredaran masa, lebih banyak nombor dan perkataan akan diintegrasi pada alat kami. Usaha ini dilakukan bagi memastikan anda sentiasa dapat menganalisis kerja penulisan melalui tahap keupayaan tertinggi alat pengira tersebut.

Anda Mengalami Sebarang Masalah? Hubungi kami

Jika anda mengalami sebarang masalah untuk menggunakan alat kira patah perkataan dan aksara, anda boleh hubungi kami pada bila-bila masa. Hantarkan mesej kepada kami dan kami akan membalas secepat mungkin. Selain itu, anda juga boleh memberi cadangan berkenaan alat tersebut, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki, serta ciri-ciri tambahan yang anda rasa perlu ditambah oleh kami. Kami sentiasa bersedia untuk mendengar pendapat pelanggan kami. 

Grammar Buddies - Owner of Corrector.app

Grammar Buddies

Kami adalah pasukan yang berdedikasi yang membantu Corrector App dan semua alat percuma yang anda temui di laman ini. Kebolehan kami merangkumi penulisan, pembangunan web, SEO, dan pemasaran – semuanya untuk kegunaan anda. Kami sangat gembira anda telah memilih platform kami daripada banyak pilihan yang ada di web. Sokongan anda membolehkan kami untuk berkembang, dan sebagai balasannya, kami berusaha untuk menyediakan anda dengan alat yang terbaik dan paling efisien. Sebelum beredar, ingatlah: maklum balas anda adalah bintang panduan kami.

Pasukan Grammar Buddies

Hubungi kami

Grammar Buddies LTD, nombor syarikat 13916177, alamat 23 New Drum Street, London, United Kingdom, E1 7AY.

DMCA.com Protection Status

Tukar Bahasa

Ketahui Lebih Lanjut

Ikuti kami di media sosial! Terima kemas kini terkini daripada Corrector App. Banyak fungsi akan datang.