Memperkenalkan Pasukan Kami

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kami, pasukan di sebalik aplikasi Corrector ini? Anda di tempat yang betul. Dalami mengenai bagaimana kami bermula, kenapa kami menyediakan penyemak ejaan dalam talian secara percuma, dan banyak lagi.

Senarai Kandungan

Cerita Mengenai Alat Kami

Cerita Mengenai Alat Kami

Ketika sekumpulan individu yang mempunyai minat yang sama terhadap bahasa duduk bersama, tiada apa pun yang dapat menghalang mereka. Itu sudah pasti cerita mengenai kami. Bertutur di dalam sesuatu bahasa adalah perkara biasa, tetapi, untuk dapatmenulisdenganbaik adalah agak luar biasa.

Tepat, bertanda baca, struktur ayat yang berkualiti tinggi adalah penting di dalam kehidupan kita. Dengan berbekalkan ini di dalam minda kami, ia telah mendorong kami untuk mencipta sesuatu yang turut menjadi keperluan di dalam hidup anda juga.

Menulis ayat agak mudah, tetapi mengolah ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, menggunakan ayat yang tepat, dan dilengkapi dengan pilihan tatabahasa yang terbaik, kadang kala agak mengelirukan. Oleh itu, kami telah berkerjasama dan menciptapenyemakejaansertatatabahasakamiyangtersendiri, di bawah jenama Grammar Buddies LTD.

Melalui ini, kami bermatlamat agar pengguna kami mendapat akses kepada analisis kerja bertulis di dalam apa bahasa sekalipun.

Tidak kiralah anda menulis di dalam bahasa Inggeris, Jerman, Belanda, Arab, dan lain-lain lagi, anda boleh menyemak ejaan serta tatabahasa dalam masa yang sama. Kami mahu perisian kami boleh diakses oleh para penulis siang dan malam, melalui desktop dan peranti mudah alih. Dan ini sudah menjadi kenyataan!

Sebab Kenapa Alat Kami Adalah Percuma

Alat kami sentiasa boleh diakses dengan percuma. Kami tidak pernah terfikir untuk mengenakan sebarang caj terhadap mana-mana teks yang anda analisa.   Pada masa yang sama, kami sentiasa berniat untuk mengekalkan status percuma ini. Dengan ini, anda boleh menggunakan alat kami pada bila-bila masa sahaja, menerima keputusan analisa yang pantas, dan anda tidak perlu risau mengenai bayaran yang akan dikenakan.

Semakan ejaan dan tatabahasa percuma sepatutnya tersedia kepada semua orang. Ini kerana, dengan adanya alat ini sahaja kita boleh menambah baik diri kita. Oleh itu, kenapa harus kami mengenakan bayaran untuk itu?

Bagaimana kami masih boleh beroperasi secara percuma? Ini kerana, kami akan menjana pendapatan kami melalui iklan-iklan yang akan terpapar di skrin anda ketika anda menggunakan servis kami.

Pautan Untuk Pencinta Tatabahasa

Berhubung Dengan Kami

Jika anda memerlukan informasi yang lebih lanjut, atau jika anda mempunyai sebarang komen, kami sangat mengalu-alukannya. Di Grammar Buddies LTD, kami sentiasa bersedia untuk berkomunikasi dengan pengunjung serta pengguna kamu. Semua emelakan dibaca dan dibalas dalam tempoh 24 jam.

Tolong jangan hantar mel spam kepada kami.