AI Detector Malay Percuma, 100% Tepat

Palsu: 0% Bilangan Perkataan: 0/800
Memeriksa

Carla Falzoni - CEO

Nota memberikan Carla Falzoni - CEO

Terima kasih kerana menggunakan alat teks dalam talian kami. Nama saya Carla dan bersama beberapa rakan sekerja, saya telah mencipta laman web ini. Kami berusaha setiap hari untuk menyediakan alat teks kami secara percuma di lebih daripada 150 negara di seluruh dunia. Bolehkah anda membantu kami dengan memberikan penilaian terhadap pengalaman anda di laman ini? Anda akan membantu kami untuk memperbaiki dan memahami apa yang perlu kami ubah. Bagi anda, ia hanya satu klik, bagi kami ia merupakan bantuan yang besar menuju kecemerlangan. Untuk sebarang pertanyaan peribadi, tulis ke carla@corrector.app atau lawati laman yang dikhususkan untuk pasukan kami.





Alat percuma pengesan teks GPT kami merupakan sebuah cara hebat dan intuitif untuk mengesan teks palsu yang dijana oleh ChatGPT.  Alat ini direka secara khusus untuk mengesan teks dengan pantas sekiranya teks tersebut dihasilkan menggunakan sama ada sebahagian atau sepenuhnya algoritma GPT-3.

Alat ini dapat membantu dalam menentukan sekiranya sesebuah dokumen teks mengandungi sebarang segmen palsu, yang membolehkan anda mengesahkan keaslian dan ketepatan teks tersebut dengan mudah.

Alat ini sememangnya sangat mudah untuk digunakan, menyediakan maklum balas masa nyata terhadap tahap peratusan pemalsuan yang terkandung di dalam teks tersebut. Anda perlu salin teks dan masukkan ke dalam alat tersebut yang seterusnya akan melengkapkan proses tersebut.

Dengan menggunakan alat percuma ini, anda boleh menaruh kepercayaan bahawa teks anda berada pada tahap kualiti dan keaslian tertinggi sebelum berkongsi teks tersebut bersama pihak lain. Selain itu, pengesan teks GPT kami juga mampu mengenal pasti kandungan palsu di dalam dokumen, dan ini pastinya membuatkan anda bertenang apabila menerbitkan penulisan secara dalam talian atau di tempat lain.

Senarai Kandungan

Keperluan Penggunaan Pengesan AI: Mengapa Ia Penting

Pengesanan teks GPT telah menjadi sebuah alat penting kepada penulis dan pencipta kandungan di era moden ini berikutan kemunculan penjana teks GPT seperti ChatGPT. Alat yang boleh digunakan secara percuma ini digunakan secara meluas oleh pemasar dan juga pencipta kandungan, yang membolehkan mereka mampu menghasilkan kandungan berkualiti tinggi tanpa perlu meluangkan masa yang banyak terhadap kajian atau penulisan.

Namun, terdapat ramai penulis blog dan webmaster yang berdepan masalah apabila menerbitkan teks yang dijana secara GPT di dalam talian tanpa menyemak dengan teliti.

Enjin carian seperti Google telah mengenakan penalti terhadap laman web yang menerbitkan kandungan duplikasi (duplicate) atau spam. Oleh itu bagi mereka yang menghasilkan kandungan, penting untuk menyemak teks tersebut melalui alat pengesan AI untuk mengenal pasti sebarang isu yang mungkin timbul sebelum menerbitkannya.

Selain itu,  memandangkan teknologi AI secara berterusan membangunkan alat GPT yang lebih sofistikated tersedia di pasaran, keperluan untuk pengesan teks GPT yang bagus kini lebih meningkat – sebagai satu alat penting kepada mereka yang ingin berada di barisan hadapan dalam industri penghasilan kandungan.

Alat AI pengesan teks GPT kami juga boleh digunakan untuk tujuan pendidikan, di mana pelajar dan guru boleh mengesan dengan pantas kandungan yang diciplak atau ditiru dari sumber dalam talian. Dengan menggunakan alat ini, keyakinan anda akan lebih bertambah dengan mengetahui bahawa segala kandungan yang diterbitkan adalah asli dan tepat sebelum dikongsikan dengan pihak lain.

Bagaimana Pengesan Kandungan AI berfungsi

Mekanisme Pengesan AI: Memahami Cara Kerjanya

Pengesan teks AI secara percuma kami ini berfungsi dengan menggunakan algoritma pengesan OpenAI. Algoritma ini menggunakan pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan model pembelajaran mendalam untuk menganalisis teks yang disediakan dan mengesan teks yang dijana dari GPT-2.

Algoritma ini secara khususnya menjalankan beberapa siri ujian, termasuklah analisis sintaks dan analisis semantik, untuk menentukan sama ada teks tersebut telah dijana. Selain itu, algoritma ini juga menggunakan teknik pembelajaran mesin untuk membandingkan bahasa yang digunakan di dalam teks yang diragui dengan teks sebenar yang ditulis oleh manusia.

Melalui perbandingan tersebut, skor peratusan palsu menunjukkan tahap setinggi mana kebarangkalian teks tersebut telah dijana. Selain itu, pengesan OpenAI juga dapat mengenal pasti pola bahasa yang sering kali terkandung di dalam teks yang dijana, contohnya seperti penggunaan bahasa yang berulang dan meleret.

Pada asasnya, melalui analisis sintaks dan semantik yang dijalankan, pengesan OpenAI mampu menilai dengan tepat sama ada teks tersebut telah dijana melalui GPT-2.  Algoritma NLP telah dikaji dan dibangunkan oleh the Association for Computational Linguistics (Persatuan Pengiraan Linguistik), yang boleh ditemui secara dalam talian di Aclweb.org, peneraju dalam pembaharuan terhadap linguistik pengiraan dan bidang-bidang yang berkaitan.

Persatuan tersebut juga bersedia untuk berkongsi pandangan yang inovatif berkenaan pemprosesan bahasa tabii, analisis teks, dan juga bidang lain yang relevan melalui pelbagai dokumen dan sumber persatuan tersebut. Pihak ACL sememangnya memberi perhatian kepada pembangunan kaedah pengesanan GPT. Kecerdasan buatan (AI) digunakan dalam algoritma ini untuk mengenal pasti teks dengan lebih pantas dan tepat.

Langkah-langkah Penggunaan Perisian Pengesan AI Kami

Kami berusaha untuk menghasilkan sebuah alat yang mudah digunakan untuk sesiapa sahaja: pelajar, ibu-bapa, guru, pekerja, pesara dan sebagainya. Kami membuat keputusan untuk mengeluarkan ciri-ciri yang tidak perlu dari alat kami, dan hanya kekalkan apa yang penting sahajal: maklumat yang anda cari. Itulah apa yang pengesan kandungan AI kami akan nyatakan kepada anda. Sila ikut arahan di bawah:

  1. Salin teks yang anda ingin semak di dalam ruang teks;
  2. Tunggu sehingga pengesan teks AI percuma kami selesai mengaudit;
  3. Semak di bawah ruangan teks untuk melihat peratusan teks palsu;
  4. Skor purata untuk teks yang dijana oleh manusia adalah di bawah 5%.

Visi Pengesan Teks AI: Apa yang Kami Sediakan

Pengesan teks berasaskan AI kami ini merupakan sebuah perisian analisis teks hebat yang menggunakan teknologi dan kaedah pengesan GPT untuk mengesan teks yang dijana oleh GPT-2. Algoritma pengesan teks kami yang terkini mampu mengenal pasti dan menandakan perkataan, rangkai kata, dan petikan yang meragukan.

Ini membolehkan pengguna mengenal pasti dengan pantas dan tepat sekiranya terdapat penjanaan kandungan secara automatik di dalam konteks yang berbeza. Proses pengesanan GPT menggabungkan pelbagai teknik seperti pemprosesan bahasa tabii (NLP), algoritma pembelajaran mesin, analisis statistik, dan pembayangan data, untuk mengesan pola penjanaan teks secara automatik dengan ketepatan yang tidak boleh diperolehi sebelum ini.

Pengesan teks berasaskan AI kami juga boleh digunakan untuk tugasan pelajar, penilaian karya  penulis naskah iklan (copywriter), ulasan skrip video, peperiksaan e-buku dan sebagainya.

Untuk perkara sebegitu, ia dapat memberikan pandangan terperinci berkenaan keaslian kandungan, dari kedua-dua perspektif stilistik dan statistik. Ini membolehkan pengguna  membuat keputusan setelah mengambil kira maklumat tersebut terhadap kualiti kerja yang dihantar dan memastikan hanya kandungan asli yang akan diterbit atau dikongsikan.

Pengesan teks berasaskan AI ini juga berbeza dengan pesaing lain dengan berupaya membezakan antara kandungan yang ditulis oleh manusia dan teks yang dijana secara automatik dengan ketepatan yang mengagumkan.

Selari dengan teknologi teras bagi pengesan teks ini yang dijangka akan terus berevolusi, begitulah juga dengan kepantasan dan ketepatan pengesan teks berasaskan AI kami dalam mengesan plagiat atau sebarang bentuk kandungan yang dijana secara automatik.

Keupayaan Pengesan Kandungan GPT-2

Perisian pengesanan teks ChatGPT boleh mengesan teks yang dijana menggunakan teknologi GPT-2 dengan melakukan analisis terhadap pelbagai elemen sintaksis dan stilistik. Alat ini menggunakan kombinasi teknik pemprosesan bahasa tabii (NLP), seperti penyisipan perkataan dan klasifikasi frasa, untuk mengesan teks yang dijana melalui GPT-2 dengan lebih tepat.

Ia juga mampu mengenal pasti pelbagai struktur linguistik seperti panjang ayat, pilihan perkataan, tatabahasa, kesalahan ejaan, dan elemen stilistik lain, yang dapat membantu dalam membezakan antara kandungan yang dihasilkan oleh manusia dan kandungan yang dijana oleh mesin menggunakan teknologi sebegini.

Selain itu, ia juga boleh menganalisis jenis struktur ayat tertentu yang mungkin menunjukkan teks yang dijana oleh mesin berbanding dengan ayat yang dihasilkan oleh manusia.

Pengesan Kandungan GPT-3: Kecanggihan Baru

Selain daripada kemampuannya untuk mengesan teks yang dijana dengan versi teknologi GPT terdahulu seperti GPT-2, ChatGPT juga dilengkapi ciri untuk mengesan teks yang dijana oleh versi terkini seperti GPT-3.

Ia menggunakan sebuah algoritma yang sofistikated dengan menggabungkan teknik NLP seperti analisis sentimen dan pengekstrakan kata kunci untuk mengesan teks yang dihasilkan menggunakan model transformer terlatih generatif versi ini.

ChatGPT juga menggunakan pelbagai ciri-ciri berkenaan dengan model pembelajaran mesin, seperti petunjuk struktur, untuk mengenal pasti teks yang dihasilkan oleh mesin berbanding manusia melalui teknologi ini.

Pengesan Kandungan GPT-4

Model transformer terlatih generatif versi terkini yang dapat dikesan oleh pengesan kandungan AI kami ialah GPT-4. Pengesan teks GPT-4 menggunakan teknik pemprosesan bahasa tabii, seperti permodelan topik dan vektorisasi perkataan, untuk mengenal pasti pelbagai pola linguistik dan juga menentukan sama ada teks tersebut dihasilkan oleh manusia atau mesin.

Pendekatan sebegitu serupa dengan alat terdahulu untuk teknologi transformer terlatih generatif versi sebelumnya seperti GP-2 dan 3. Pengesan kami menggunakan petunjuk konteks untuk membezakan faktor-faktor tersebut.

Selain itu, ia juga menggunakan algoritma perlombongan data terkini yang akan memeriksa melalui set data yang besar untuk menyemak sekiranya terdapat persamaan antara teks yang boleh memberi isyarat proses penjanaan secara automatik.

Akhir sekali, alat ini juga menggunakan kaedah kecerdasan buatan seperti jaringan neural untuk mengenal pasti pola yang terdapat di dalam dokumen yang kompleks, di mana ia berpotensi dimiliki oleh mesin berbanding manusia.

Manfaat Pengesan Teks AI

Manfaat Penggunaan Pengesan Teks AI

Adakah anda sedang mencari cara paling berkesan untuk mengesan teks yang dijana secara GPT? Anda sememangnya berada di tempat yang betul. Perisian kami menawarkan beberapa manfaat yang akan membantu menjimatkan masa dan wang ringgit, mengelakkan penalti dari pihak Google dan mengesan sebarang bentuk penipuan.

Melalui artikel blog ini, kami akan menerangkan dengan terperinci tentang kelebihan menggunakan perisian kami dalam mengesan teks yang dijana secara GPT.

Ketepatan Hebat dalam Pengesanan Teks GPT

Perisian kami menggunakan algoritma dan teknologi terkini dalam mengesan dengan pantas dan tepat sebarang teks yang dijana secara GPT. Algoritma ini telah diuji berkali-kali sebelum digunakan dengan kemas kini baharu secara berkala, seterusnya memastikan semua perubahan telah dipertimbangkan ketika mengesan teks yang dijana secara GPT.

Selain itu, perisian kami mampu mengesan variasi kecil yang terdapat pada gaya atau perkataan, yang membuatkan ia sangat tepat dan boleh dipercayai berbanding dengan penyelesaian lain di pasaran.

Kualiti yang dimiliki oleh perisian kami membantu dalam mengenal pasti teks tertentu yang memerlukan semakan dan lebih perhatian daripada editor manusia. Selain itu, perisian kami menyimpan semua kandungan yang telah dikesan agar pengguna boleh membuat semakan selepas itu.

Gabungan ciri-ciri ini membuatkan perisian kami sebagai salah satu penyelesaian yang boleh dipercayai untuk mengesan teks yang dijana secara GPT dengan tahap ketepatan yang tinggi.

Efisiensi Waktu dan Ekonomi dengan Solusi Canggih

Perisian kami menyediakan sebuah cara berkesan untuk mengesan teks yang dijana dengan GPT tanpa perlu menyemak setiap penulisan secara manual atau mengharapkan alat yang mahal yang kerap kali tidak memberikan hasil yang tepat.

Dengan penyelesaian yang kami tawarkan, pengguna boleh mengimbas keseluruhan laman web atau dokumen dalam masa yang singkat, dengan had 800 perkataan untuk setiap sesi, berbanding sehingga berjam-jam atau berhari-hari yang diperlukan untuk melakukan semakan secara manual atau alatan lain yang tersedia di pasaran.

Selain itu, hasil daripada antara muka perisian yang intuitif, pengguna tidak memerlukan latihan intensif sebelum menggunakannya, di mana mereka boleh terus segera menggunakannya! Memandangkan kami tidak menyimpan sebarang teks di dalam server kami, pengguna tidak perlu bimbang tentang data mereka.

Jadi pengguna boleh menggunakan penyelesaian yang kami tawarkan untuk mengesan teks yang dijana secara GPT tanpa perlu memikirkan risiko tersebut.

Elakkan Hukuman Mesin Pencari dan Pertingkatkan SEO

Antara kelebihan hebat jika menggunakan perisian kami adalah ia membantu pengguna dari dikenakan penalti dari pihak Google disebabkan menerbitkan kandungan palsu dan spam ke dalam talian.

Oleh sebab alat kami boleh mengesan sebarang bentuk kandungan yang dijana secara AI dengan mudah dan tepat, pengguna boleh memeriksa sama ada kandungan yang diterbitkan dihasilkan oleh manusia sebelum memuat naik ke dalam talian, seterusnya dapat mengelakkan potensi dikenakan penalti dari Google.

Selain itu, pengguna boleh menggunakan ciri-ciri ini bukan sahaja untuk langkah pencegahan namun juga sebagai sebahagian daripada keseluruhan proses jaminan kualiti berkenaan kandungan digital dalam talian, seperti artikel, hantaran blog, atau kandungan laman web dan sebagainya.

Mengungkap Penipuan dengan Teknologi AI

Akhir sekali, namun sangat penting, dengan keupayaan pengesanan AI terkini, alatan kami tidak hanya boleh digunakan untuk mencari kandungan yang dijana secara AI malah ia juga mengesan sebarang bentuk fraud atau palsu. Ini termasuk artikel yang dijana melalui teknologi yang serupa dengan ChatGPT.

Dengan menggunakan teknologi yang sofistikated seperti algoritma pemprosesan bahasa tabii (NLP) bersama-sama teknik pembelajaran mendalam seperti perlingkaran jaringan neural (CNN), alat kami boleh mengesan pola yang terdapat di pelbagai jenis data. Keupayaan ini membuatkan ia sangat ideal untuk mendedahkan aktiviti pemalsuan dan mengesan sekiranya terdapat anomali atau kejanggalan yang terdapat pada kandungan digital dengan begitu berkesan.

Mempertingkatkan Kepercayaan dan Integriti Penulisan Anda

Dengan menggabungkan beberapa ciri-ciri, perisian kami membantu menambah baik kredibiliti kandungan bertulis, dengan memastikan semua kandungan digital dihasilkan oleh manusia, bukan dari mesin seperti yang sering kali terjadi. Situasi ini akan membantu para profesor mengesan tugasan pelajar yang dihasilkan melalui alatan AI yang canggih, seterusnya menghalang pelajar daripada melakukan penipuan.

Secara keseluruhannya, contoh tersebut hanyalah salah satu daripada kelebihan menggunakan alat pengesan kami yang hebat dan mudah digunakan untuk menyemak kandungan dalam talian dengan segera tanpa perlu meluangkan masa yang agak lama melalui semakan manual atau bergantung kepada penyelesaian yang lebih mahal namun seringkali gagal memberikan hasil yang tepat.

Bahasa yang Didukung oleh Teknologi Pengesan AI

Pengesan Teks AI kami sememang mengagumkan kerana ia menyokong semua jenis bahasa untuk menyediakan pengesanan teks yang tepat. Kami berbesar hati untuk menyatakan bahawa pembangunan ini membolehkan kami memberikan penyelesaian efektif kepada pelanggan kami tidak kira bahasa pilihan mereka.

Antara sebahagian daripada senarai bahasa sokongan, pengesan AI kami boleh mengesan dan mengenal pasti Bahasa Cina, Hindi, Sepanyol, Perancis, Arab, Portugis, Rusia, Jerman, Jepun dan Bahasa Melayu. Teknologi canggih ini telah dibangunkan untuk memenuhi peningkatan permintaan dunia perniagaan yang terdiri daripada latar belakang dan budaya yang berbeza di seluruh dunia.

Alat kami juga mengesan teks berbilang bahasa yang ditulis dengan alat penulisan AI yang paling biasa, seperti Jasper, Rytr, Writesonic, Anyword, Copy AI, Frase, Article Forge dan Google Bard.

Ketersediaan Perisian Pengesan AI: Aksesibilitas Tanpa Batas

Grammar Buddies LTD merupakan sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang berdedikasi untuk membantu orang ramai dalam menghasilkan penulisan dan tatabahasa yang lebih baik dengan menggunakan teknologi terkini. Baru-baru ini, badan tersebut telah melancarkan sebuah perisian pengesan kandungan AI yang boleh digunakan di desktop dan peranti mudah alih.

Alat ini merupakan perkhidmatan tambahan kepada penyemak ejaan dan kesalahan tatabahasa penyemak yang dibangunkan oleh badan ini.

Alat ini sentiasa akan ditawarkan secara percuma, tanpa mengira situasi pengguna. Untuk desktop, pengesan kandungan AI boleh diakses melalui laman web, ini bermakna ia boleh dibuka pada mana-mana pelayar popular atau laptop. Ia menggunakan teknologi pemprosesan bahasa tabii (NLP) yang mengesan kesalahan teks dan mencadangkan pembetulan tepat pada masanya.

Algoritma pengesanannya dikuasakan oleh GPT-3, model Transformer Terlatih Generatif (GPT) generasi ketiga milik OpenAI. Versi ini menawarkan ketepatan yang lebih tinggi berbanding dua versi terdahulu dan menyediakan pengguna keputusan yang lebih terperinci berkaitan gaya penulisan, pilihan perkataan, dan isu-isu berpotensi yang lain.

Perisian Meja untuk Pengesanan AI

Pengesan teks AI percuma kami ini adalah berasaskan laman web dan dapat berfungsi dengan setiap pelayar dan laptop. Kunjungi laman web kami, masukkan teks anda ke dalam kotak dan tunggu sebentar untuk beberapa ketika.

Perisian kami akan mengimbas teks anda dalam masa beberapa saat dan memaklumkan sebarang kesalahan. Kemudian, anda boleh melakukan pembetulan yang diperlukan dan menghantar semula teks anda. Jadi dalam masa hanya beberapa klik, anda boleh menyemak kerja anda dan dapatkan hasil yang sempurna setiap masa.

Aplikasi Bergerak: Pengesan AI di Hujung Jari Anda

Pengesan AI kami juga tersedia untuk peranti mudah alih! Sama seperti versi dekstop, alat mudah alih kami juga berasaskan laman web dan dapat berfungsi pada setiap pelayar mudah dan telefon pintar. Untuk menggunakannnya, layari laman web kami pada peranti mudah alih anda, dan masukkan teks anda ke dalam kotak.

Perisian kami akan membuat semakan selepas itu. Pengesan teks AI untuk Mudah Alih berfungsi dengan baik sama seperti versi desktop.

Melaporkan Isu Berkenaan Pengesan Kandungan AI

Laporkan Masalah: Kami di Sini untuk Membantu

Kami begitu memahami bahawa kebolehgunaan merupakan kunci utama untuk pengesan kandungan GPT kami, dan kami ingin memastikan pengguna perisian kami merasai pengalaman yang menyeronokkan. Oleh sebab itulah kami terus komited untuk mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang isu yang mungkin timbul berkenaan produk kami.

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah ketika menggunakan pengesan teks GPT percuma tersebut, sila maklumkan kepada kami agar kami dapat menyiasat lebih lanjut dan mencari penyelesaian secepat mungkin.

Sila hantarkan e-mel kepada kami di info@corrector.app, dan nyatakan penerangan terperinci berkenaan isu tersebut supaya pihak kami dapat membantu anda dengan lebih lancar. Kami sememangnya berusaha untuk memberikan khidmat pelanggan dan sokongan teknikal terbaik di dalam industri, yang akan membolehkan pelanggan kami menggunakan pengesan teks GPT sebaik mungkin.

Pihak kami mengalu-alukan maklum balas dari semua pengguna dan menghargai kesabaran anda sementara kami menyelesaikan sebarang isu yang sedang anda hadapi.

Grammar Buddies - Owner of Corrector.app

Grammar Buddies

Kami adalah pasukan yang berdedikasi yang membantu Corrector App dan semua alat percuma yang anda temui di laman ini. Kebolehan kami merangkumi penulisan, pembangunan web, SEO, dan pemasaran - semuanya untuk kegunaan anda. Kami sangat gembira anda telah memilih platform kami daripada banyak pilihan yang ada di web. Sokongan anda membolehkan kami untuk berkembang, dan sebagai balasannya, kami berusaha untuk menyediakan anda dengan alat yang terbaik dan paling efisien. Sebelum beredar, ingatlah: maklum balas anda adalah bintang panduan kami.

Pasukan Grammar Buddies